MUHAMMAD PESURUH ALLAHBAB 07

KEMBALI KEPADA KEGEMILANGAN ISLAM DI AKHIR ZAMAN MENGIKUT SIRAH RASULULLAH SAW... ?

BAGAIMANAKAH CARA YANG PERLU DILAKUKAN.

Kembali melakukan jalan dan cara untuk menetapkan PEGANGAN ATAU IKTIQAD TAUHID

SEPERTIMANA YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH

17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
‎وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

PENERANGAN SEKALIGUS MENJADI PERINGATAN DARIPADA RASULULLAH SAW

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”

[Hadith Muslim no. 145]

Kembali kepada melakukan jalan dan cara untuk menetapkan Iktiqad dan tauhid Bersih dari sebarang syirik Atau makrifatullah

Semua orang tahu bahawa Allah adalah Tuhan yang maha Esa, tetapi sudahkan kita melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid sepertimana yang telah diketahui iaitu Hanya Allah yang maha Esa adalah Tuhan bagi sekalian Alam.. tanpa melakukan sebarang bentuk syirik?

Apabila seseorang itu melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid barulah ia akan sampai kepada yang telah dibersihkan daripada sebarang syirik yang telah diberikan jaminan oleh Allah seperti di dalam firmanNya

15.Surah Al-Ĥijr ayat 39
‎قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr ayat 40
‎إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15.Surah Al-Ĥijr ayat 41
‎قَالَ هَٰذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ

Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA"

15.Surah Al-Ĥijr ayat 42
‎إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

ATAU SEBENAR-BENAR IKHLAS SEPERTI FIRMAN ALLAH

17.Surah Al-'Isrā' ayat 65

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).

38.Surah Şād ayat 82

Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -

38.Surah Şād ayat 83

" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas".

FIRMAN ALLAH YANG MENJELASKAN IKHLAS IALAH BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK

29.Surah Al-`Ankabūt ayat 65

Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.

FIRMAN ALLAH DI ATAS MENUNJUKKAN TULUS IKHLAS LAWANNYA SYIRIK

Seperti di awal perjuangan Rasulullah saw yang telah memperkenalkan hanya Allah sahaja tuhan yang Esa yang perlu dipertuhankan, tiada tuhan selain dari Allah (termasuk hawa nafsu sendiri), firman Allah "tidakkah kamu melihat mereka-mereka yang mengambil hawa nafsu mereka sebagai tuhan"

Melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid adalah merupakan satu sunnah yang telah ditetapkan Sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah

17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
‎وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Perjuangan awal Rasulullah saw untuk memperkenalkan Allah sebagai tuhan yang Esa yang telah membuatkan perjuangan permulaan ini menjadi asing di kalangan kaum kafir semasa itu..

Asas perjuangan untuk menegakkan kalimah tauhid di muka bumi Allah inilah yang membuatkan perjuangan Rasulullah saw dianggap asing oleh manusia pada masa itu...

Perjuangan Rasulullah saw untuk menegakkan Agama Islam berasaskan kepada Dua kalimah syahadah inilah yang membuatkan perjuangannya dipandang asing oleh kaumnya pada masa itu...

Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah saw itu akan berulang sekarang ini kembali sebagai dagang, dipandang asing....

Perjuangan untuk menegakkan kebenaran kembali kepada bertuhankan hanya kepada Allah atau menetapkan iktiqad dan tauhid atau berjuang untuk menjadi seorang yang dibersihkan dari sebarang syirik dipandang teramat asing oleh umat Islam sendiri, pandangan dan perjuangan sekumpulan kecil umat Islam untuk kembali menegakkan pegangan atau iktiqad dan tauhid berasaskan kepada dua kalimah syahadah di dalam kehidupan harian kita dipandang teramat asing oleh umat Islam sendiri...

Perjuangan memperjuangkan untuk menjadi seorang yang dibersihkan dari sebarang syirik atau berpegang dengan iktiqad dan tauhid adalah awal daripada Islam, iman dan ihsan, telah dipinggirkan, jika diperkatakan, masyarakat sekarang akan merasakan itu terlalu asing, cukup saja dengan mengetahui tentang ilmu tauhid sahaja, seseorang itu sudah bertauhid... Sedangkan iktiqad dan tauhid atau bersih daripada sebarang syirik atau makrifatullah adalah perkara asas yang tidak boleh ditinggalkan...

Allah tidak akan ampun dosa syirik, Allah tak akan terima amal orang yang melakukan amalan di dalam keadaan syirik......

Perjuangan sekumpulan kecil Islam yang menyeru supaya tidak mensyirikkan Allah sama ada melalui syirik secara terang atau syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi menjadikan kumpulan ini dipandang teramat asing dan mendapat pertentangan yang amat meluas di kalangan umat Islam sendiri, malah mereka-mereka ini sampai dihukum sesat oleh umat Islam sendiri... Bukankah perjuangan mereka ini seperti perjuangan Rasulullah saw di awal perjuangan baginda dahulu iaitu untuk menegakkan iktiqad dan tauhid @ untuk menjadi seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik @ untuk menegakkan dua kalimah syahadah di dalam kehidupan harian mereka.

Mereka-mereka inilah yang telah dan sedang menerima tentangan hebat dari seluruh pelusuk dunia, dari orang kafir, dari pemerintah dan dari hampir keseluruhan umat Islam sendiri yang menghukum mereka sebagai sesat, seperti yang diterima oleh Rasulullah saw di awal perjuangannya dahulu..

Jika bukanlah kaum yang kecil ini yang sedang hendak menegakkan pegangan atau iktiqad dan tauhid ini yang mendapat tentangan dari segenap sudut sehingga dihukum sesat, kaum mana lagi yang boleh dimasukkan ke dalam sabda nabi saw itu....

Rasulullah SAW bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”

[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]

Baginda ditanya,

“Siapakah orang-orang yang asing itu?”

Baginda menjawab,

“Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”

[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]

Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab,

“Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”

Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab,

“Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”

Perjuangan kita umat Islam hari ini hendaklah bermula dari asas di dalam Agama iaitu beriktiqad dan tauhid @ untuk menjadi seorang yang dibersihkan dari barang syirik @ menjadi seorang yang sebenar-benar ikhlas yang tidak boleh dihasut oleh iblis dan sentiasa berada di dalam pemeliharaan atau kota Allah

Sebut sahaja Tentang apa yang perlu dilakukan sendiri untuk berpegang dengan pegangan atau iktiqad dan tauhid, lihatlah sendiri berapa ramai yang akan menentang, berapa ramai yang akan menyesatkan kita..

Perjuangan kita pada hari ini untuk menegak dan menerapkan dua kalimah syahadah (dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid) di dalam kehidupan seharian kita akan mendapat tentangan dari segenap aspek dari segenap sudut, lihat dan perhatikanlah sendiri kenyataannya ....

Masing-masing berpegang dengan pandangan sendiri-sendiri seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw

Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:

5.Surah Al-Mā'idah ayat 105

“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan.

SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING

Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”

[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]

ATAU BUKAN DENGAN MENGIKUT DARI CAKAP-CAKAP ORANG

Firman Allah
43.Surah Az-Zukhruf ayat 86

Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).

43.Surah Az-Zukhruf ayat 87

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka:

"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

43.Surah Az-Zukhruf ayat 88

Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"

43.Surah Az-Zukhruf ayat 89

(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!"

Apa yang sedang dibicarakan ini adalah tentang yang dibersihkan daripada sebarang syirik..

Yang dibersihkan daripada sebarang syirik sepertimana yang telah diperjelaskan oleh Allah ialah merupakan satu jalan yang lurus yang tidak boleh disesatkan oleh iblis dan akan dipelihara oleh Allah

Firman Allah
15.Surah Al-Ĥijr ayat 39

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr ayat 40

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15.Surah Al-Ĥijr ayat 41

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

BENTENG @ KOTA ALLAH

Berkata Ali RA.. Rasulullah bersabda... Allah berfirman............; Sesungguh AKU lah ALLAH ,, Tiada Tuhan selain AKU... Barangsiapa BERTAUHID kepadaKu niscaya masuklah ia kedalam benteng Ku,,, Dan barangsiapa yang masuk bentengKu.. niscaya terselamatlah dia dari SiksaKu...

(H R . Syirazi)

15.Surah Al-Ĥijr ayat 42

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang yang hendak menjadi seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik?

Bahagian seterusnya membincangkan ayat-ayat dan ungkapan yang dalam sesetengah bacaan boleh disalahfahami sebagai arahan mencederakan diri. Dalam e-buku ini, bahagian itu hanya diletakkan sebagai perbincangan tafsiran agama mengenai taubat, meninggalkan syirik, memperbaiki diri dan kembali kepada Allah. Ia bukan arahan praktikal, bukan amalan yang disunatkan, dan bukan cara untuk mencederakan atau membahayakan diri.
39.Surah Az-Zumar ayat 22

Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.

Diriwayatkan bahawa para sahabat bertanya tentang kelapangan dada dan tanda-tandanya. Dalam konteks e-buku ini, ungkapan kerohanian yang menyentuh tema kematian difahami secara tidak literal sebagai seruan meninggalkan kelalaian, mengutamakan akhirat, memperbaiki diri dan mempersiapkan amal; bukan sebagai arahan membahayakan diri.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda tentang seorang hamba yang mendekatkan diri kepada Allah dengan apa yang diwajibkan dan amalan-amalan sunat sehingga mendapat kecintaan dan perlindungan Allah. (HR Bukhari)

Bersabda Rasulullah saw kepada Saidina Umar Ibnu Al Khattab ra dalam dialog mereka tentang satu kaum yang saling mengasihi kerana Allah, tidak takut ketika manusia lain takut dan tidak bersedih ketika manusia lain bersedih. Lalu dibacakan ayat 62-63 dari surah Yunus:

“Ingatlah, sesungguhnya Wali-Wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. (QS Yunus : 62-63)

Kita perlu melihat kepada apa yang telah Allah firmankan di dalam Surah An-Nisā' ayat 66 hingga 68. Dalam e-buku ini, ayat-ayat tersebut dibincangkan dari sudut nasihat pengajaran, peneguhan iman, pahala dan pimpinan Allah ke jalan yang lurus. Apa-apa ungkapan yang boleh disalahfahami sebagai arahan mencederakan diri tidak diberikan sebagai amalan atau cara praktikal.

4.Surah An-Nisā' ayat 67

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

4.Surah An-Nisā' ayat 68

DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.

Ini apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan Allah tidak pernah mengubah janjinya

30.Surah Ar-Rūm ayat 6

Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

2.Surah Al-Baqarah ayat 80

Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad):

"Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"

Sudahkah kita telah melakukan sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah, supaya Allah anugerahkan sepertimana yang telah dijanjikan tersebut?

APAKAH SEBENARNYA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN UNGKAPAN-UNGKAPAN TERSEBUT DALAM KONTEKS TAUBAT, MENINGGALKAN SYIRIK, MEMPERBAIKI DIRI DAN KEMBALI KEPADA ALLAH TANPA MEMBAHAYAKAN DIRI?

Oleh Adnan Al-Yani
MUHAMMAD PESURUH ALLAH • Adnan Al-Yani